menjahanamkan | menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan: Asid ~ kain baju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjahanamkan | 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; 2. merosakkan: mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjahanamkan | menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan:Asid ~ kain baju. | Kamus Pelajar |
penjahanam | orang yg menjahanamkan: Mereka hanyalah berpura-pura, sebenarnya merekalah ~ bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjahanam | orang yg menjahanamkan sesuatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencelakakan | menyebabkan mendapat celaka; menjahanamkan: Mana ada orang tua yg hendak ~ anaknya? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencelakakan | menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencelakakan | menyebabkan mendapat celaka; menjahanamkan: Mana ada orang tua yg hendak ~ anaknya? | Kamus Pelajar |
menghancurleburkan | menghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosakbinasakan, menjahanamkan, menghancurmusnahkan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hancur lebur | hancur sama sekali (perasaan dll); menghancurleburkan menghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosakbinasakan, menjahanamkan, menghancurmusnahkan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |