menjahilkan | menjadikan (menyebabkan atau menganggap) jahil: janganlah begitu mudah kita ~ orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahil | 1. Ar tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh: Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya; ~ basit (orang yg) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; ~ murakab (orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; ~ teropong Kl bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang; ~ tukil Kl terlalu jahil; menjahilkan menjadikan (menyebabkan atau menganggap) jahil: janganlah begitu mudah kita ~ orang lain; kejahilan perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |