jaja | ; berjaja 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn membawa barang dagangan berkeliling utk dijual: Yahya didenda kerana ~ tanpa lesen; 2. berjual: dia dilarang ~ di situ; menjajakan 1. menjual barang dagangan dgn membawanya berkeliling: riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-masing; 2. ki menyebarkan (menyatakan dsb) ke sana sini atau merata-rata: Menteri Pendidikan menasihatkan rakyat supaya tidak terperangkap dgn fikiran sempit golongan yg ~ pendapat mereka sbg sesuatu yg mutlak; ~ khabar; jajaan benda atau barang yg dijajakan; penjajaan perbuatan (kerja) menjajakan; penjaja orang yg berjaja: seorang ~ telah dikenakan denda sebanyak RM100. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjajakan | 1. menjual barang dagangan dgn membawanya berkeliling: riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-masing; 2. ki menyebarkan (menyatakan dsb) ke sana sini atau merata-rata: Menteri Pendidikan menasihatkan rakyat supaya tidak terperangkap dgn fikiran sempit golongan yg ~ pendapat mereka sbg sesuatu yg mutlak; ~ khabar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggalas | 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galas | 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |