penjalinan | perbuatan menjalin (menjalinkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalin | 1 menyusun rotan dll supaya berjalin; menganyam: ~ bidai. 2 mengatur atau menyusun cerita; mengarang. 3 menjadikan ada; membina; mengeratkan: ~ persahabatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjalin | 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalin | 1. menyusun rotan dll supaya berjalin; menganyam:~ bidai. 2. mengatur atau menyusun cerita; mengarang. 3. menjadikan ada; membina; mengeratkan: ~ persahabatan. | Kamus Pelajar |
menganyam | 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjalin | 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalin | 1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan (tersusun); 2. rangkai; berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah; berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung; menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan; memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai; terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terangkai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (persahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin); keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur karya; penjalinan perbuatan menjalin (menjalinkan); penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anyam | corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~ pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar; menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; anyam-menganyam pekerjaan menganyam; anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja menganyam; penganyam orang yg kerjanya menganyam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakma | menjalin atau mengepang (tali, kabel, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpacaran | menjalin hubungan cinta atau kasih dgn teman lelaki atau wanita: dia terkejut apabila mengetahui anaknya ~ dgn warga asing; gadis berkenaan dilarang ~ selagi dia menjadi anggota kumpulan penari itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |