menjauh | semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjauh | (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjauh | semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. | Kamus Pelajar |
mengalicau | mengelak, menjauhkan diri (dr sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghindarkan | mengelakkan (menjauhkan, menyingkirkan) drpd, membiarkan: angkatan udara kita telah dapat ~ pengeboman atas ibu kota; jawaban yg demikian sebenarnya tidak dapat mengelakkan pertanyaan dan ~ persoalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalicau | Mn; mengalicau mengelak, menjauhkan diri (dr sesuatu); mengalicaukan mengelakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjarak | bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-cahaya berwarna akan lebih ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hindar | pergi (dlm maksud menyuruh), nyah; menghindar pergi, mengelak, menyingkir, menyisih: seolah-olah kesakitannya telah ~ dr dirinya; menghindari mengelak supaya terbias drpd (kecelakaan, serangan, dll), menjauhkan diri drpd: pertempuran antara kita sama kita hanya dapat dihindari kalau saudara-saudara undur dr sini; menghindarkan mengelakkan (menjauhkan, menyingkirkan) drpd, membiarkan: angkatan udara kita telah dapat ~ pengeboman atas ibu kota; jawaban yg demikian sebenarnya tidak dapat mengelakkan pertanyaan dan ~ persoalan; terhindar terluput (terlepas, bebas) drpd: Yahya ~ drpd maut; terhindarkan dapat dihindarkan: kesukaran yg ~; penghindaran perihal (perbuatan) menghindarkan (menghindari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarak I | jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di landasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg membolehkan seseorang yg normal pelihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur perbezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, berenggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-cahaya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. menjauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan, perenggangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jauh | 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |