menjayakan | menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjayakan | menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjayakan | menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan:Ia turut sama ~ rancangan itu. | Kamus Pelajar |
memenangkan | 1 menjadikan menang; menyebabkan menang; menjayakan: Kekuatan senjata dan ekonomi telah ~ Amerika Syarikat dlm Perang Dunia Kedua dahulu. 2 menganggap sesuatu pihak itu betul atau menang: Emaknya selalu ~ adik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelaksanaan(implementation) | 1. Proses membina dan menjayakan sistem yang dirancang. 2. Proses menjalankan atur cara pada sistem komputer. 3. Sistem yang telah siap dibina bagi memenuhi permintaan. 4. Bentuk perisian atau teknik pada bahasa pengaturcaraan komputer. | Kamus Komputer |
rewang III | (réwang) gotong-royong sbg persiapan menjayakan sesuatu majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taktikal | taktikal 1. berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan: semua pemain perlu mengikuti latihan ~ lima kali seminggu; 2. digunakan atau dilakukan utk bantuan serta-merta dlm sesuatu operasi ketenteraan (bkn senjata, pengeboman dsb): TUDM juga mempunyai pesawat ~ jarak sederhana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagasan | buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepatuhan | sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penerobosan | perbuatan menerobos: prinsip inilah yg menjadi strategi Jepun utk menjayakan ~ ekonomi; tobros. | Kamus Dewan Edisi Keempat |