menjejaskan | 1 menyebabkan menjadi luka; melukakan; merosakkan: Kasut baru itu sedikit pun tidak ~ kakinya. 2 mendatangkan kesan yg tidak baik pd; merosakkan: Kejatuhan nilai mata wang telah ~ ekonomi negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjejaskan | 1. melukakan, merosakkan: tidak seorang lelaki pun yg pernah ~ hatinya; 2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak baik pd, merosakkan: peristiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjejaskan | 1. menyebabkan menjadi luka; melukakan; merosakkan:Kasut baru itu sedikit pun tidak ~ kakinya. 2. mendatangkan kesan yg tidak baik pd; merosakkan:Kejatuhan nilai mata wang telah ~ ekonomi negara. | Kamus Pelajar |
penjejasan | perihal menjejaskan: dgn ~ itu, keamanan dan kedamaian telah hilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
filariasis | (Ubat) sj penyakit yg menjejaskan sistem limfa akibat serangan cacing filaria. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesra alam | tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beriberi | (béribéri) sj penyakit akibat kekurangan vitamin B1, yg menjejaskan saraf, menyebabkan sakit, bengkak, dan lumpuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radikal I | 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya (menyeluruh dan menjejaskan): perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mutatis mutandis | (Latin) (Udg) dgn membuat perubahan yg sewajarnya tanpa menjejaskan fakta utama (dlm membandingkan kes). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radikal | 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempengaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mempunyai elektron luar yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatuan sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |