menjerakan | menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjerankan | menjerakan, menyerikkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeran | jera, serik; menjerankan menjerakan, menyerikkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melasikan | membuat orang takut, menakutkan, menggertak, menjerakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melasi | membuat orang takut, menakutkan, menggertak, menjerakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaubatkan | 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lasi | Mn tidak berani (lagi), jera, serik, takut; melasi, melasikan membuat orang takut, menakutkan, menggertak, menjerakan; lasian ketakutan; pelasi penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jera | tidak mahu (berani dll) berbuat lagi, serik, kapok, jeran: ia telah ~ bergaul dgn pemuda itu; menjerakan menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajaran | 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupakan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hukuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taubat | 1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn meninggalkan perbuatan dll yg dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~ nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi; 4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~, ~, bodoh benar budak ini! bertaubat 1. menyesal dan berazam mem-perbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |