judi | permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjudikan | , memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |