menjumlah | membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjumlah | membuat kira-kira campur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjumlah | membuat hitungan campur:Dia sudah pandai ~ dan mendarab. | Kamus Pelajar |
berhitung | 1. membuat kira-kira (spt mencampur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai membeli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn memeriksa untung rugi (perniagaan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kira-kira campur | kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dgn menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitung | perihal membuat kira-kira (membahagi, mencampur, mendarab, dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata; berhitung 1. membuat kira-kira (spt mencampur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai membeli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn memeriksa untung rugi (perniagaan dll); menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), membilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya dihitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; menghitungi mengira berkali-kali, menghitung banyak benda; menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu; memperhitungkan 1. mengira-ngira berapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal pengundi menjelang pilihan raya; 2. menyelesaikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, memberi perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: petualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. merundingkan sesuatu dgn teliti, mempertimbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm perkiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya; hitungan 1. hasil drpd menghitung (mengira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id mengira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pekerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pendapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkahwinan dilangsungkan; perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbangan, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah menjalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; penghitungan perbuatan menghitung; penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jumlah | 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jumlah | 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2. banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada:Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur:Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1. terkumpul; telah dicampurkan. 2. termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1. sebanyak; banyaknya:Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2. sebahagian; sebilangan:~ besar sebahagian besar. | Kamus Pelajar |
jumlah | 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): kerajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli sebuah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: keluarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampurkan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan menjumlahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kira-kira | 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agaknya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikirannya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dgn menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |