junjung I | ; menjunjung 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. ~ duli a. menyembah raja. b. mengerjakan perintah raja. junjungan 1 sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2 orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad SAW. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
junjung | kayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih; menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, memuliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; ~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri; menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (utk dibawa); junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; berjunjungan bersuami; perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendaulat | 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjunjung | 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjunjung | 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, memuliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulia | 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memuliakan | 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. | Kamus Pelajar |
memuliakan | 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tabal | 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulubalang sekaliannya menjunjung duli; bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~; menabalkan 1. merasmikan (mengumumkan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; pertabalan perihal bertabal; penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada dan berbagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulia | 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. | Kamus Pelajar |