Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tongkat (kata nama)
Bersinonim dengan angkus, angkusa, kusa, toya, toyah, toyak, belantan, pentungan, gada, tembung;,
Kata Terbitan : menongkat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tongkat Isekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semam­bunya; ~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail; ~ membawa rebah prb orang yg diamanah­kan membuat sesuatu dia sendiri merosak­kannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~ bertelekan (berjere­mang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa); bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; ~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas) berteleku;~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh prb tidak putus asa mengerjakan se-suatu dgn sehabis-habis usaha; bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing; menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit kian kabur pd pan-dangan; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal.Kamus Dewan Edisi Keempat
menongkat1. menopang, menunjang: 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit;Kamus Dewan Edisi Keempat
menunjang1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya;Kamus Dewan Edisi Keempat
condong1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunjang I; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas