Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tafsir1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tafsir1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; juru~ orang yg memberi pen­jelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir.Kamus Dewan Edisi Keempat
mentafsirkan1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mentafsirkan1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham;Kamus Dewan Edisi Keempat
mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran.Kamus Pelajar
mengertikan1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;Kamus Dewan Edisi Keempat
tafsiran1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengomentar1. membuat komentar (komen), mengulas; 2. = mengomentari mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas: beliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pentafsir kad(card interpreter)1. Atur cara yang berfungsi untuk mentafsirkan corak tebukan kepada bentuk aksara. 2. Bahagian dalam penebuk kad yang mencetak aksara yang setara dengan kod tebukan di sebelah atas kad.Kamus Komputer
mikrologik(micrologic)1. Penggunaan atur cara yang tersimpan secara kekal dalam CPU untuk mentafsirkan suruhan mikroatur cara komputer. 2. Susunan dan cara sambung litar dalaman CPU yang membentuk mikroatur cara komputer.Kamus Komputer
12

Kembali ke atas