mentah-mentah | 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentah-mentah | 1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulatbulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengganyang | 1. Jw memakan mentah-mentah, memamah, mengunyah; 2. membinasakan, memusnahkan, menghancurkan: operasi Indera Khas telah dilancarkan utk ~ unit penggempur keenam ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganyang | ; mengganyang 1. Jw memakan mentah-mentah, memamah, mengunyah; 2. membinasakan, memusnahkan, menghancurkan: operasi Indera Khas telah dilancarkan utk ~ unit penggempur keenam ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
strawberi /strawbéri/ | nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya merah dan berair, boleh dimakan mentah-mentah, dibuat jem dsb), Fragaria spp.. | Kamus Pelajar |
anyang I | sl 1. makanan drpd daging (kerang dll) mentah yg dibubuhi rempah-rempah dan dimakan mentah-mentah; 2. buah-buahan mentah dgn cabai dan garam; menganyang membuat anyang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegak-tegak | 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentah | 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentah | 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulatbulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petroleum | /pétroléum/, = ~ mentah minyak mentah yg diperoleh dr dlm tanah utk dijadikan petrol, asfalt dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |