mentega | /mentéga/ bahan makanan berlemak yg dibuat drpd susu. mementegai menyapu (roti, biskut dll) dgn mentega. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentega I | (mentéga) pepejal lemak berwarna kuning pucat yg diperbuat drpd krim, boleh dimakan dgn roti, digunakan dlm masakan, dsb; mementegai 1. menyapu mentega (ke atas roti dll); 2. bp memberi yg elok-elok (utk mengambil hati dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentega II | (mentéga); buah ~ sj tumbuhan (pokok kecil), buah saklat, Diospyros dis-color. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pastri | 1 adunan tepung dgn air, mentega dll. 2 kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, air dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenusu | 1. tempat menyimpan susu dan membuat mentega (keju); 2. perusahaan menyimpan susu dan membuat mentega; lembu ~ lembu yg diternak utk susunya; pentenusu pekerja tenusu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat mentega | surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk mengkritik dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buah mentega | sj tumbuhan (pokok kecil), buah saklat, Diospyros dis-color. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dadih kering | mentega; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aising | campuran gula, mentega, putih telur dll yg digunakan utk menghias atau menyalut kek dsb atau utk menyedapkannya. beraising bersalut dgn aising, dibubuhi aising. mengaising membubuh, menghias, menyalut (kek dsb) dgn aising. pengaisingan perbuatan mengaising (kek dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mementegai | 1. menyapu mentega (ke atas roti dll); 2. bp memberi yg elok-elok (utk mengambil hati dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |