ternak | 1. ark yg berasal dr, yg dilahirkan di: mereka itu ~ Singapura; orang ~ penduduk negeri, anak negeri, bumiputera; 2. = ternakan binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dll): beliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~; tukang ~ a) orang yg memelihara binatang; b) = tukang ~ wang bp ceti, pelepas wang; berternak, menternak memelihara ternak (kuda, lembu, dll): perusahaan ~ itu dijalan-kan secara besar-besaran; mereka ~ binatang dan bercucuk tanam; menternakkan 1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dll): mereka juga ~ lembu utk dijual; 2. membungakan wang: hutangnya kpd orang yg suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin; penternakan perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; penternak orang yg menternakkan (binatang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menternakkan | 1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dll): mereka juga ~ lembu utk dijual; 2. membungakan wang: hutangnya kpd orang yg suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelihara; memelihara | 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; ~ orang sakit. 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternakkan (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. terpelihara 1 dipelihara atau dibela; terjaga: Taman-tamannya tidak ~. 2 terlepas atau terlindung drpd bahaya dll. peliharaan sesuatu yg dipelihara; belaan: Kerbau ~nya gemuk-gemuk belaka. pemeliharaan perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. pemelihara orang yg memelihara; penjaga. | Kamus Pelajar |