tuang I | ; menuang 1 mencurahkan benda cair dr sesuatu bekas: Sesudah ~ air minuman ke dlm cawan, ia pun pergi ke dapur. 2 meleburkan logam dgn memanaskannya. 3 mencetak leburan besi dll ke dlm acuan. menuangi menuang (cecair) ke; mengisi (sesuatu) dgn cara menuang: Semua cawan dituangi teh. menuangkan menuang utk orang lain. tuangan 1 apa-apa yg dituang: besi ~. 2 hasil menuang (mencetak); cetakan: blok ~. penuangan perbuatan atau hal menuang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuang I | ; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi darah; bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicairkan): tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik; menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa; menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelasnya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok kekacauan; menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2. cetakan, acuan: pendeknya sungguh cantik ~nya. ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian); penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminumkan | 1 menuang sesuatu ke dlm mulut orang lain supaya diminum: Ia ~ ubat kpd ayahnya yg sedang sakit. 2 menyuruh atau memberi minum: ~ lembu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencurahkan | 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-banyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencucuri | 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyirami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencerat | 1 menuang sesuatu melalui cerat. 2 mengalir atau keluar dr cerat. 3 minum dr cerat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuangi | 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelasnya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok kekacauan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucuri | 1. menuang air dsb pd, menyirami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerat | mulut cerek (paip dsb) tempat air keluar. mencerat 1 menuang sesuatu melalui cerat. 2 mengalir atau keluar dr cerat. 3 minum dr cerat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
minum | = meminum meneguk sesuatu yg cair spt air, susu. meminumkan 1 menuang sesuatu ke dlm mulut orang lain supaya diminum: Ia ~ ubat kpd ayahnya yg sedang sakit. 2 menyuruh atau memberi minum: ~ lembu. terminum 1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum. minuman benda cair yg boleh diminum. ~ keras minuman yg memabukkan. peminum orang yg gemar meminum minuman keras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |