menuduhkan | melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuduh | ; menuduh 1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain): mereka ~ sesama sendiri; menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh (didakwa); tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; penuduh orang yg menuduh, pendakwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |