menukarkan | 1 menjadikan atau membuat supaya bertukar: Siapa yg ~ meja kami? 2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya. 3 mengarahkan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~nya dr Ipoh ke Seremban. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menukarkan | 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menukarkan | 3 mengarahkan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~ nya dr Ipoh ke Seremban. | Kamus Pelajar |
menukarkan | 2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya. | Kamus Pelajar |
menukarkan | 1 menjadikan atau membuat supaya bertukar: Siapa yg ~ meja kami? | Kamus Pelajar |
terjemah | ; menterjemah melakukan kerja menukarkan bahasa sesuatu karangan dsb kpd bahasa lain: Dia mengedit bukan ~. menterjemahkan menukarkan bahasa (sesuatu karangan dsb) kpd bahasa lain: Sudah tiga bulan dia ~ buku itu, tetapi belum juga siap. terjemahan sesuatu (karya dll) yg sudah diterjemahkan; hasil menterjemahkan sesuatu. penterjemahan perbuatan, hal dsb menterjemah atau menterjemahkan. penterjemah orang yg menterjemah atau menterjemahkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haba pendam | ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair atau wap, atau menukarkan cecair kpd wap tanpa perubahan suhu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haba | 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, memanaskan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pemanasan, pembahangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asimilasi | 1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan); berasimilasi berpadu menjadi satu;mengasimilasikan 1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: jasad kita melalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg diterimanya; 2. menjadikan berasimilasi (berpadu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~; pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengganding akustik(acoustic coupler) | Peranti elektronik yang digunakan untuk menyambungkan komputer pada talian telefon melalui gagang telefon. Peranti ini menukarkan isyarat digital komputer ke dalam bentuk denyutan nada bunyi dengan cara pengaruhan. Ini membolehkan data dihantar melalui talian telefon. Pada bahagian penerima peranti ini akan menukarkan semula nada denyutan kepada bentuk isyarat digital. Peranti ini disebut pengganding akustik kerana peranti ini menggunakan teknik penukaran akustik untuk penukaran isyarat. | Kamus Komputer |