menuliskan | 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dikte | (dikté) IB menyalin (menulis) rencana, menulis tepat-tepat apa yg dibaca (diucapkan) oleh orang lain; mendikte 1. meminta (menyuruh) orang menulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. menyuruh orang berbuat sesuatu dgn tidak membantah, menyuruh menurut sahaja; mendiktekan 1. menyuruh tulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. menyuruh dgn paksa, memerintahkan: apabila anakanda dapat memahamkan huraian kami ini, anakanda tidak akan berasa didiktekan sahaja oleh orang tuamu ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulis | ; bertulis mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. menulis 1 membuat huruf dll dgn menggunakan kalam, pensel, pena dll: Murid-murid darjah satu baru saja belajar ~ A, B, C. 2 menyatakan fikiran atau perasaan dgn tulisan; mengarang. 3 membuat kain batik dgn tangan; membatik dgn tangan. tulis-menulis hal-hal menulis, mengarang dsb. menulisi menulis atau mencatat pd: Ia ~ kertas itu dgn pena. menuliskan 1 menggunakan sesuatu utk menulis: Ia tidak dpt ~ pena itu kerana tidak berdakwat. 2 menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: Saya telah ~nya sepucuk surat. tertulis sudah atau telah ditulis; tercatat. tulisan 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. penulisan perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. penulis 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tulis-menulis | perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulis-menulis | hal-hal menulis, mengarang dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tulis-menulis | hal-hal menulis, mengarang dsb. | Kamus Pelajar |
merencanakan | 1 menulis rencana atau cerita; menulis makalah: Abdullah telah ~ hal-hal kebodohan orang Melayu dlm bukunya. 2 menyusun atau membuat sesuatu rancangan; menjadualkan; merancang: Ia meminta saya ~ satu projek perumahan. 3 mengucapkan sesuatu supaya ditulis oleh orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyurati | 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulis; bertulis | tulis-menulis hal-hal menulis, mengarang dsb. | Kamus Pelajar |
merencanakan | 1 menulis rencana atau cerita; menulis makalah: Abdullah telah ~ hal-hal kebodohan orang Melayu dlm bukunya. 2 menyusun atau membuat sesuatu rancangan; menjadualkan; merancang: Ia meminta saya ~ satu projek perumahan. 3 mengucapkan sesuatu supaya ditulis oleh orang lain. | Kamus Pelajar |