Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.da.nun.da] | منوندا-نوندا

Definisi : selalu menunda, menang­guh-nangguhkan waktu, memperlama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tunda2
Kata Terbitan : menunda, menundakan, menunda-nunda,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menunda-nundaselalu menunda, menang­guh-nangguhkan waktu, memperlama;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunda IIbp tangguh; menunda menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menang-guhkan (pelaksanaan dll sesuatu): mulanya sukan itu hendak diadakan pd bulan Ogos, kemudian ditunda kpd bulan Disember; menunda-nunda selalu menunda, menang­guh-nangguhkan waktu, memperlama; tertunda 1. ditangguhkan, ditunda; 2. sengaja dilambat-lambatkan; penundaan perihal menunda, penangguhan: kepulanganmu cuma bererti ~ waktu, janji memang telah sampai.Kamus Dewan Edisi Keempat
hulur I; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi panjang, me­ngumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4. memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa, menunda-nunda: penu­karan jantung dapat ~ umur orang yg men­derita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd seseorang dgn me­manjangkan tangan sedikit, mengun­jukkan: sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya; menghulur-hulur 1. memanjang-man­jang­­kan (waktu, perbicaraan, dsb), mena­ngguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (di­luaskan atau disempitkan mengikut kehen­dak sendiri); menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor di­suruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawa­nya naik ke atas kapal; menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun di­kosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia meman­jang­kan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpan­jang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengun­jukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghan­tar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) mengan­jurkan tangan (utk bersalaman dll); b) mem­berikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; penghuluran perihal atau perbuatan meng­hulur(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas