menunduk | condong ke bawah atau ke hadapan (ttg kepala atau muka); lw mendongak: Ia ~ kerana tidak dpt menjawab soalan gurunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menunduk | lwn menengadah, tunduk: dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yg terbiar di atas lantai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersungkuk | menunduk dgn melengkungkan belakang, membongkok-bongkok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunduk | 1 = menunduk condong ke bawah atau ke hadapan (ttg kepala atau muka); lw mendongak: Ia ~ kerana tidak dpt menjawab soalan gurunya. 2 tidak tegak (ttg pokok); merunduk; condong. 3 menurut perintah atau menurut peraturan: Pekerja-pekerja di situ semuanya ~ kpd ketua mereka. 4 menyerah kalah kpd; takluk kpd: Pd ketika itu, beberapa buah negara telah ~ ke negeri Rom. menundukkan 1 mengarahkan (kepala atau muka) condong ke bawah atau ke hadapan: Ia ~ kepalanya beberapa minit sebelum menjawab. 2 mengalahkan musuh atau lawan hingga menyerah; menakluk; menewaskan lawan dlm permainan dll. penundukan perbuatan atau hal menundukkan. penunduk sesuatu yg menundukkan: ilmu ~ jampi atau mantera utk menundukkan seseorang (musuh dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merunduk | tunduk, menunduk: ia melihat buah padinya yg ~; ia ~ sejenak, kemudian mengangkat muka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersungkuk-sungkuk | menunduk dgn melengkungkan belakang, membongkok-bongkok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalahkan | menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duduk merukuk | (duduk) membongkok (menunduk) dlm keadaan rukuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merukuk | = duduk ~ (duduk) membongkok (menunduk) dlm keadaan rukuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungkuk | ark; tersungkuk, tersungkuk-sungkuk menunduk dgn melengkungkan belakang, membongkok-bongkok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |