tunjang | sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. penunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunjang I | ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunjang | 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menunjang | 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menongkat | 1. menopang, menunjang: 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunjang | ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunjang | 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. | Kamus Pelajar |
tunjang II | Mn bahagian badan dr lutut hingga ke tapak kaki; ~-tonjet terlompat-lompat ke sana ke mari; panjang ~ panjang kaki; tuak terbeli, ~ hilang prb mendapat kecelakaan (kekecewaan); menunjang ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencagak | 1. menopang, menahan dgn cagak; 2. menunjang, menyokong; 3. kelihatan jelas di mata kerana tegak (mencuar dll); 4. tangkas pergerakan badan dan petah berkata-kata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggalang | 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |