menyerungkupi | menutupi rapatrapat, melindungi, menutupi: seorang drpd mereka berambut panjang ~ dahi; selungkup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serungkup II | ; menyerungkupi menutupi rapatrapat, melindungi, menutupi: seorang drpd mereka berambut panjang ~ dahi; selungkup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menutupi | menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menutupi pintu | banyak pintu yg ditutup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menutupi | 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; 2. memberi bertutup, melindungi: disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3. ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll), merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menutupi | menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. | Kamus Pelajar |
menyelimuti | 1. menutupi dgn selimut: se-helai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi (kejahatan dll), menutupi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litup | rapat sekali; tidak terbuka sedikit pun: berselimut ~. melitupi menutupi rapat-rapat; menyelubungi; menyelimuti. terlitup tertudung rapat-rapat. litupan sesuatu yg melitupi: ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. pelitup penutup (badan enjin). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
liput | ; meliputi 1 menjadi sbg tutup pd; menutupi: Air ~ kebanyakan permukaan bumi. 2 ki melingkupi atau merangkum beberapa hal: Tugas polis wanita ~ seluruh tugas polis lelaki. terliput 1 tertutup oleh sesuatu. 2 termasuk atau terkurung dlm sesuatu kawasan dll. liputan 1 apa-apa (spt pasir, salji) yg meliputi atau menutupi sesuatu yg lain: Sejauh mata memandang, hanya ~ salji yg kelihatan. 2 laporan ttg sesuatu peristiwa yg sedang berlaku (berlangsung) utk media massa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
litup | tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu; melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |