pijar I | 1. merah menyala kerana terbakar (logam); 2. pecahan logam yg menyala; besi ~ besi yg merah menyala waktu ditempa; lampu ~ lampu elektrik yg berisi dawai menyala; mangkuk ~ bekas yg digunakan utk membakar logam; 3. berasa seakan-akan panas kulit kerana lama memegang cili (terutamanya cili yg sudah ditumbuk); 4. panas betul (minyak): lumuri daging dgn rempah dan goreng dlm minyak yg telah ~; berpijar-pijar berapi-api spt pijar; memijar 1. membakar (logam) sehingga lembut; 2. ki mengeluarkan bahang (kepanasan): di ufuk barat, matahari menghantarkan sinarnya yg tak lagi ~; memijarkan membakar besi (logam) utk menjadikan pijar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyala | 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernyala | , menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyala | ; ~ api lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~ kuning; padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam; bernyala, menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; menyalai memasang supaya menyala;menyalakan 1. menjadikan bernyala, menghidupkan api, membiarkan menyala: dgn perlahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; penyalaan perbuatan atau hal menyala(kan); penyala alat utk menyalakan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pijar | 1 merah menyala warnanya kerana terbakar (bkn logam). 2 pecahan logam yg menyala: besi ~ besi yg merah menyala dan berpecah-pecah ketika ditempa. 3 panas betul (bkn minyak dll): Goreng daging itu dlm minyak yg telah ~. berpijar-pijar berapi-api spt pijar: Ekor kelip-kelip spt ~ pd waktu malam. memijar menjadi pijar. memijarkan 1 membakar (logam dsb) sehingga pijar. 2 memanaskan (minyak) hingga pijar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pijar | 1 merah menyala warnanya kerana terbakar (bkn logam). 2 pecahan logam yg menyala: besi ~ besi yg merah menyala dan berpecah-pecah ketika ditempa. 3 panas betul (bkn minyak dll): Goreng daging itu dlm minyak yg telah ~. berpijar-pijar berapi-api spt pijar: Ekor kelip-kelip spt ~ pd waktu malam. memijar menjadi pijar. memijarkan 1 membakar (logam dsb) sehingga pijar. 2 memanaskan minyak hingga pijar. | Kamus Pelajar |
menyala | 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
murup | Jw menyala (cahaya, warna, dll), berkobar: maka Laksamana pun memakai, ber-kain kesumba ~ antelas bertepi bersirat; merah ~ merah menyala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucuh | ; mencucuh 1. memasang, menyalakan (api dll): ~ pelita; ~ meriam memasang meriam; 2. mengenakan api, besi panas, dsb pd: yg paling sedih apabila mak ~ abang dgn kayu api berbara; mencucuhkan 1. memasangkan, menyalakan: Seman ~ api tersebut pd rokok di mulutnya; 2. mengenakan (api, besi panas, dsb) pd sesuatu: Afandi ~ besi panas pd tangan Mazlan; cucuhan 1. hasil mencucuh atau mencucuhkan: doktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pd badannya; 2. (Fiz) bunga api yg terhasil drpd palam pencucuh utk memulakan pembakaran; pencucuhan perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; pencucuh 1. orang yg mencucuh, tukang cucuh; ~ meriam pembakar meriam; 2. alat utk mencucuh: palam ~; 3. ki penghasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merah menyala | = ~ merang = ~ murup sangat merah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |