Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la/] | مڽالق

Definisi : 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,

Puisi
 

Anjinglah asap asap berbuku,
     Anjing menyalak di pintu kota;
Lagi tak dapat lagi berguru,
     Hendaklah sapu arang di muka.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.

Bermaksud :

Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyalak1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyalak 2 menghalakan salaknya kpd: Anjing itu ~ pencuri. Kamus Pelajar
menyalak 1 mengeluarkan bunyi yg kuat (bkn anjing): Anjing yg ~ biasanya jarang-jarang menggigit. Kamus Pelajar
anjing1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, me­ngesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg ber­warna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahu­kah runtuh = beberapa pun ~ menya­lak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd sese­orang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn sese­orang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui ke­jahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ meng­gonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntah­nya prb orang yg tamak itu tidak membeza­kan yg baik dgn yg jahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengongkongmenyalak dgn kuat, meng­gonggong.Kamus Dewan Edisi Keempat
aukId bunyi anjing menyalak.Kamus Dewan Edisi Keempat
salak I, = salakan menyalakKamus Pelajar
kongkong IIbunyi (salak) anjing yg kuat; mengongkong menyalak dgn kuat, meng­gonggong.Kamus Dewan Edisi Keempat
cengkung IIbunyi kuat serta besar (spt bunyi anjing menyalak); ~-cengking bermacam-­macam bunyi (spt bunyi anjing), dengkung-dengking.Kamus Dewan Edisi Keempat
salak Ibunyi (suara) anjing yg kuat: ~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah; menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; salakan salak.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas