samar | = samar-samar 1. kurang jelas (pd pelihatan), agak kabur: ketika itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; di dlm cahaya yg samar-samar itu mata mereka bertentang tepat; 2. kurang terang (sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dll), masih ter-sembunyi, tidak nyata: sebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar lagi; 3. tidak dgn terang-terang, tersembunyi: dia datang itu dgn maksud yg ~; (waktu) ~ muka = (waktu) samar-samar daun waktu petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi); menyamar 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari ~, maka diben-canainya menteri hamba yg besar empat orang; 3. tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan; menyamarkan 1. menjadikan kurang terang (cahaya), mengaburkan: lampu-lampu merah dan biru yg sengaja disamarkan sudah terpasang; 2. menjadik | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyamar | 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari ~, maka diben-canainya menteri hamba yg besar empat orang; 3. tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saru I | Jk tidak jelas pd pelihatan (pendengaran dll), tidak nyata, samar; menyaru 1. menjadi saru (tidak jelas); 2. menyamar; menyarukan menjadikan saru (tidak jelas, tidak nyata, dll), menyamarkan; penyaruan 1. perihal menyamar, penyamaran; 2. perbuatan dll utk menutup maksud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyaruan | 1. perihal menyamar, penyamaran; 2. perbuatan dll utk menutup maksud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedok | Id 1. penutup muka (utk menyembunyikan muka atau menyamar), topeng; ~ gas penutup muka utk melindungi muka drpd gas racun; 2. ki sesuatu yg dipergunakan utk menyembunyikan perkara (tujuan dll) yg sebenar: sambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat; berkedok 1. memakai kedok (topeng), bertopeng: tidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~; 2. mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu): harus kitab-kitab itu lebih baik drpd segala apa yg pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yg ~ pengetahuan itu; memperkedok memakai atau menggunakan sesuatu sbg kedok (utk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dsb), mempertopeng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samar | , = samar-samar 1 tidak berapa terang pd pandangan; agak kabur: Kawasan sekitar bandar itu kelihatan ~ kerana kabus tebal. 2 tidak berapa jelas (bkn khabar dll); tidak cukup alasan atau bukti: Berita yg diterima itu masih ~. menyamar mengubah rupa supaya tidak dikenali orang; tidak menampakkan keadaan diri sebenar; merupakan diri: Penjahat yg ~ sbg polis itu telah ditangkap di Kelang. menyamarkan 1 menjadikan tidak dikenali orang (dgn memakai sesuatu dll): Seorang pegawai tentera telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia musuh. 2 menjadikan tidak berapa terang dipandang; mengaburkan: Utk ~ dewan tari-menari itu, lampu-lampu berwarna biru dan merah telah dipasang. samaran sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. kesamaran keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah, mereka bertanya kpd Nabi. penyamaran perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. penyamar orang yg menyamar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyaru | 1. menjadi saru (tidak jelas); 2. menyamar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyabur | 1. masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur dgn orang banyak; 2. menyamar diri di kalangan musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyaru | 1 menjadi saru; menjadi tidak jelas. 2 mengubah rupa atau pakaian supaya tidak dikenali orang; menyamar: Antaranya ada yg ~ sbg penoreh getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelakuan | 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |