menyambung | 1 memberikan tambahan supaya menjadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 menghubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyambung | 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan disambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (telefon yg mendapat panggilan dgn sambungan-sambungan lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyambung | 2 menghubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. | Kamus Pelajar |
menyambung | 1 memberikan tambahan supaya menjadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. | Kamus Pelajar |
menanggam | 1. menyambung kayu dgn takuk-takuk; 2. ki menyambung atau menghubungkan erat-erat (spt mengahwinkan dll); 3. menyepit dgn tanggam besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rivet | /rivét/ ist pasak yg dibuat drpd logam utk menyambung atau utk mencantumkan kepingan logam. merivet memasang rivet utk menyambung (mencantumkan) kepingan logam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyambungkan | 1 menjadikan sesuatu bersambung pd sesuatu yg lain; menggunakan sesuatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan. 2 menyambung utk orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jahit | menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenisnya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sangkut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (membuat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambung | ; bersambung 1 ada tambahan yg memanjangkannya: Tali yg ~ tidak berapa teguh. 2 dlm keadaan berhubung; berkaitan: Pagar rumah saya ~ dgn pagar rumahnya. menyambung 1 memberikan tambahan supaya menjadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 menghubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. menyambungkan 1 menjadikan sesuatu bersambung pd sesuatu yg lain; menggunakan sesuatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan. 2 menyambung utk orang lain. sambungan apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih panjang dll; tambahan. penyambungan perbuatan (hal dsb) menyambung atau menyambungkan. penyambung sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulas IV | Mn penghubung, sambung, sambungan; berulas ada ulasnya, bersambung, bersam-bungan; tangannya ~ ki ada yg membantu atau menolong; mengulas menjadikan berulas, menyambung, melanjutkan, memanjangkan: singkat diulas, panjang dikerat; ~ bicara ki terus berbicara; ~ kayu menyambung kayu (supaya menjadi panjang); ~ tali menyambung tali; tanganku diulas olehnya ki aku dibantu (ditolong) olehnya; ulasan sesuatu yg diulas, lanjutan, sambung-an; ~ lidah ki orang yg jadi perantara utk menyampaikan pesan orang dll, jurubicara; perulasan tempat pertemuan sesuatu yg disambung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |