menyampaikan | 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan sesuatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyampaikan | menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampaikan | 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampaikan | 3 mengunjukkan sesuatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. | Kamus Pelajar |
menyampaikan | 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. | Kamus Pelajar |
menyampaikan | 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. | Kamus Pelajar |
penyampai | 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kirim | ; berkirim sedang menyampaikan atau meminta supaya disampaikan sesuatu (kpd seseorang): ~ surat; ~ salam. mengirim 1 menyampaikan atau menghantar sesuatu melalui pos dll: Sudah lama dia tidak ~ surat kpd orang tuanya di kampung. 2 mengutus rombongan dll ke sesuatu tempat; menghantar: Malaysia akan ~ pasukan bola sepaknya ke pertandingan itu. mengirimi mengirim kpd: Ali ~ ayahnya sepucuk surat. kiriman sesuatu yg dikirim; pemberian yg dikirim. pengiriman perbuatan (usaha dll) mengirim: ~ bahan-bahan makanan ke kawasan yg dilanda kemarau; ~ sepasukan tentera ke perbatasan. pengirim orang dll yg mengirim sesuatu; penghantar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kirim | berkirim sedang menyampaikan atau meminta supaya disampaikan sesuatu (kpd seseorang): ~ surat; ~ salam. mengirim 1. menyampaikan atau menghantar sesuatu melalui pos dll: Sudah lama dia tidak ~ surat kpd orang tuanya di kampung. 2. mengutus rombongan dll ke sesuatu tempat; menghantar: Malaysia akan ~ pasukan bola sepaknya ke pertandingan itu. mengirimi mengirim kpd:Ali ~ ayahnya sepucuk surat. kiriman sesuatu yg dikirim; pemberian yg dikirim. pengiriman perbuatan (usaha dll) mengirim:~ bahan-bahan makanan ke kawasan yg dilanda kemarau; ~ sepasukan tentera ke perbatasan. pengirim orang dll yg mengirim sesuatu; penghantar. | Kamus Pelajar |
tabligh | Ar 1. perbuatan menyampaikan perintah Allah kpd yg tidak mengetahui atau memberi peringatan kpd yg mengetahui; 2. sifat wajib yg ketiga bagi Rasulullah SAW; bertabligh menyampaikan ajaran Islam; mentablighkan menyiarkan ajaran agama Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |