kirim | ; berkirim sedang menyampaikan atau meminta supaya disampaikan sesuatu (kpd seseorang): ~ surat; ~ salam. mengirim 1 menyampaikan atau menghantar sesuatu melalui pos dll: Sudah lama dia tidak ~ surat kpd orang tuanya di kampung. 2 mengutus rombongan dll ke sesuatu tempat; menghantar: Malaysia akan ~ pasukan bola sepaknya ke pertandingan itu. mengirimi mengirim kpd: Ali ~ ayahnya sepucuk surat. kiriman sesuatu yg dikirim; pemberian yg dikirim. pengiriman perbuatan (usaha dll) mengirim: ~ bahan-bahan makanan ke kawasan yg dilanda kemarau; ~ sepasukan tentera ke perbatasan. pengirim orang dll yg mengirim sesuatu; penghantar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengirim | 1 menyampaikan atau menghantar sesuatu melalui pos dll: Sudah lama dia tidak ~ surat kpd orang tuanya di kampung. 2 mengutus rombongan dll ke sesuatu tempat; menghantar: Malaysia akan ~ pasukan bola sepaknya ke pertandingan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengedarkan | 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendakwa | 1 menyampaikan aduan (tuduhan dll) kpd hakim atau mahkamah; menuntut: Isterinya enggan ~nya di mahkamah. 2 membuat pengakuan; mengaku: Mereka ~ bahawa agama merekalah yg benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempersembahkan | 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirim | 1. menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali; 2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (mengamanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberi | 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaturkan | 1. menyampaikan, mempersembahkan, memberi: ~ surat kpd menyampaikan surat kpd; 2. mengucapkan, mengatakan: ~ selamat datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengajar | 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dakwa | ; mendakwa 1 menyampaikan aduan (tuduhan dll) kpd hakim atau mahkamah; menuntut: Isterinya enggan ~nya di mahkamah. 2 membuat pengakuan; mengaku: Mereka ~ bahawa agama merekalah yg benar. dakwaan aduan yg dikemukakan kpd hakim; tuduhan; tuntutan. pendakwaan perbuatan atau hal mendakwa. pendakwa orang yg mendakwa. pedakwa orang yg didakwa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |