Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sarap2
Kata Terbitan : menyarap, menyarap, sarapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sarap II; menyarap 1. = menyarapi mem-beri berlapik atau beralas dgn barang-barang yg tipis (kain dll): katil itu disarapi dgn kain putih; 2. makan pagi: sampai sekarang ia belum ~ lagi; sarapan 1. alas, lapik, lapisan; 2. a) makanan pagi (sbg alas perut); b) makan pagi; bersarapan mengambil sarapan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarap II; menyarap 1 makan pd waktu pagi utk mengalas perut: Kalau tidak ~, saya tidak dpt membuat kerja. 2 memberi beralas atau berlapik dgn benda-benda tipis; me­lapik sesuatu dgn benda tipis: Dia ~ tempat tidur anaknya dgn kain putih. sarapan 1 makanan yg dimakan pd waktu pagi utk mengalas perut. 2 makan pagi. 3 sesuatu yg dibuat alas atau lapik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sarap Isampah (daun-daun kering, debu, dll): dia mengibas-ngibas ~ ke tepi dinding dgn kain; sampah ~ berbagai-bagai sampah; ~ sehelai dituilkan, batu sebuah digulingkan prb memeriksa dan menyelidik sesuatu dgn teliti; menyarap 1. bertaburan (spt sarap): kartu bertaburan, wang berserak-serak, rokok ~ di lantai; 2. ki tidak berguna, dianggap sbg sampah.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyarap1 makan pd waktu pagi utk mengalas perut: Kalau tidak ~, saya tidak dpt membuat kerja. 2 memberi beralas atau berlapik dgn benda-benda tipis; me­lapik sesuatu dgn benda tipis: Dia ~ tempat tidur anaknya dgn kain putih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyarap1. bertaburan (spt sarap): kartu bertaburan, wang berserak-serak, rokok ~ di lantai; 2. ki tidak berguna, dianggap sbg sampah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarap II; menyarap1 makanan yg dimakan pd waktu pagi utk mengalas perut.Kamus Pelajar
lapik I1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll: baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~ duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terom­pah dll); ~ meja kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~ perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang (batu dll) pengalas tiang; menggantikan ~ prb mengahwini janda sau­daranya; se~ seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah bergulung ~ sahaja prb hal orang yg terlalu miskin; berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas lantai yg ~ tikar meng­kuang; berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu; melapik memberi lapik kpd: ibu ~ periuk dgn lekar; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap; melapiki merupakan lapik kpd, menjadi lapik kpd: matanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya; melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik; pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas