sasar II | ; menyasar membidik; menenang; menuju. menyasarkan 1 menujukan; menghalakan. 2 menetapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. sasaran 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sasar III | Jk; menyasar membidik, menghala, menuju; menyasarkan 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; sasaran 1. tujuan (menembak), bulan-bulan: ada yg menembak ~, ada yg bercatur, ada yg bersepak raga; 2. tujuan (serangan politik, marah, kritik, dll): Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun; 3. hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyasarkan | 1 menujukan; menghalakan. 2 menetapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyasarkan | 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |