daripada | 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yg disediakan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri ~ serangan musuh; menjauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut dipersalahkan; masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengalamatan bersimbol(symbolic addressing) | 1. Penggunaan label untuk menyatakan alamat sesuatu kata, data, atau peranti tanpa menyatakan alamat mutlak kedudukan sebenar ingatan atau peranti. 2. Penggunaan huruf atau angka-abjad sebagai alamat untuk menyatakan kedudukan simpanan di dalam atur cara. Alamat bersimbol ini akan ditukarkan kepada alamat mutlak semasa penghimpunan. | Kamus Komputer |
atau | 1 kata yg digunakan utk menyatakan sesuatu itu sama dgn yg lain: haiwan ~ binatang. 2 kata yg digunakan utk menyatakan (menanyakan) yg mana antara dua: Kamu hendak mengikut kami ~ tinggal di sini? 3 kata yg digunakan utk menyatakan lawan bagi sesuatu kata: Besar ~ kecil, miskin ~ kaya, semuanya bergembira pd hari itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyatakan | 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyatakan | 1. menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. memberitahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ketibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyatakan | 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. | Kamus Pelajar |
atau | 1. kata yg digunakan utk menyatakan sesuatu itu sama dgn yg lain: haiwan ~ binatang. 2. kata yg digunakan utk menyatakan (menanyakan) yg mana di antara dua: Kamu hendak mengikut kami ~ tinggal di sini? 3. kata yg digunakan utk menyatakan lawan bagi sesuatu kata: Besar ~ kecil, miskin ~ kaya, semuanya bergembira pd hari itu. | Kamus Pelajar |
bersumpah | 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan kesetiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manifestasi | /maniféstasi/ perbuatan melahirkan, menjelaskan, atau menyatakan sesuatu. memanifestasikan melahirkan, menjelaskan atau menyatakan sesuatu: Watak yg ~ rasa kecewa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ucapan | 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. | Kamus Pelajar |