Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyayangkan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyayangkan1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
sayang1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan ber­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
menangiskan1. menangis kerana (ten­tang), menyayangkan, menyesalkan: jangan­lah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu?Kamus Dewan Edisi Keempat
tangis Imencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba; bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn me­ngeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan ber­tangis-tangisanlah sebab sukacitanya; menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan; ~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi; menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; menangiskan 1. menangis kerana (ten­tang), menyayangkan, menyesalkan: jangan­lah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu? mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan; tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya; penangis (orang yg) mudah atau suka me­nangis: ~ benar budak itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas