menyebarluaskan | menyebarkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat: Usaha utk ~ maklumat itu sedang giat dijalankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyebarluaskan | menyebarkan secara meluas, menyebarkan dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui dsb di merata tempat: jenama dan cap dagangan disebar-luaskan melalui media massa spt iklan di radio, televisyen, dan pawagam; ~ senarai istilah, ejaan, dan maklumat bahasa kpd para pengguna bahasa di sektor awam, institusi pengajian tinggi, dan sektor swasta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merakyatkan | menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebar luas | ; menyebarluaskan menyebarkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat: Usaha utk ~ maklumat itu sedang giat dijalankan. tersebar luas tersebar dgn meluasnya, tersebar ke serata tempat sehingga diketahui ramai: Berita ttg penemuan budak yg hilang itu telah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebar luas | ; menyebarluaskan menyebarkan secara meluas, menyebarkan dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui dsb di merata tempat: jenama dan cap dagangan disebar-luaskan melalui media massa spt iklan di radio, televisyen, dan pawagam; ~ senarai istilah, ejaan, dan maklumat bahasa kpd para pengguna bahasa di sektor awam, institusi pengajian tinggi, dan sektor swasta; tersebar luas tersebar dgn meluasnya, ter-sebar ke merata tempat (sehingga diketahui ramai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakyat | 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali penghulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |