Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ge.ra/.kan] | مڽݢرقکن

Definisi : menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyegerakkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyegerakkanmenjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyegerakanproses menyegerakkan alat, peranti, dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengejaman(clocking)1. Kaedah yang digunakan untuk menyeragamkan perjalanan dua peranti. 2. Tindakan menyegerakkan peranti penghantar dan peranti penerima dalam sistem penghantaran segerak. 3. Tindakan menjalankan peranti mengikut pemasaan jam.Kamus Komputer
jam digital(Komp) a) deretan isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg isyarat rujukan utk menyegerakkan sistem; b) penyata waktu yg memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital;Kamus Dewan Edisi Keempat
frekuensi jam(clock frequency)1. Frekuensi isyarat gelombang berdenyut yang dijana oleh pengayun utama sistem. Frekuensi ini digunakan untuk menyegerakkan pengendalian sistem. 2. Frekuensi isyarat yang digunakan sebagai jam atau sebagai penyegerak litar jujukan.Kamus Komputer
jam digital(digital clock)1. Deretan isyarat berdenyut yang dijana oleh pemasa atau pengayun dalam sistem digital. Jam ini digunakan sebagai isyarat rujukan untuk menyegerakkan sistem. 2. Penyata waktu yang memaparkan nilai waktu dalam bentuk digital.Kamus Komputer
hampir segerak(plesiochronous)Sifat pengendalian jam rujukan bagi dua sistem berlainan yang jamnya sepatutnya mempunyai masa yang sama tetapi terdapat sedikit selisihan. Pembetulan perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk menyegerakkan semula kedua-dua sistem itu.Kamus Komputer
gerak1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu; ~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~- gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan; segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama; menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama; penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll; bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan; ~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul perasaan atau keinginan; gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan; pergerakan kebangkitan (utk memper­juangkan sesuatu): ~ kaum ibu; penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan; penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater.Kamus Dewan Edisi Keempat
jam1. sj alat utk menunjukkan (mengukur) waktu; 2. = satu ~ waktu yg lamanya 60 minit atau 1/24 hari; 3. tanda waktu, pukul: dia tiba di pejabat sebelum ~ lapan pagi; 4. ke­­tika, saat, waktu: ~ orang hendak ber­angkat ~ itulah engkau hendak mandi; ~ bicara waktu yg ditetapkan utk menerima tetamu; ~ dalaman (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan dlm sistem komputer; ~ digital (Komp) 1. deretan isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg isyarat rujukan utk menyegerakkan sistem; 2. penyata waktu yg memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital; ~ dinding sj jam yg digantungkan di dinding; ~ induk (komp) 1. sj peranti elektronik yg menjanakan isyarat masa utk digunakan sbg rujukan bagi semua pengendalian komputer yg segerak; 2. isyarat masa yg digunakan sbg rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak; ~ kawalan (Komp) jam elektronik dlm perkakasan sistem yg digunakan oleh sistem tersebut utk menentukan masa pengaliran suruhan dan data; ~ kerja masa yg ditentukan utk bekerja, waktu kerja; ~ kilowatt tenaga kerja seribu watt dlm masa satu jam (sukatan tenaga elektrik); ~ loceng jam berloceng yg boleh berbunyi pd waktu yg ditetapkan; ~ luaran (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan di luar sistem utama komputer; ~ masa nyata (Komp) 1. peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); 2. isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar; ~ pasir alat mengukur waktu dgn menggunakan pasir; ~ pelajaran waktu yg ditentukan utk memberi pelajaran; ~ penggera jam yg mempunyai peranti yg berbunyi apabila sampai pd waktu yg ditetapkan; ~ randik = ~ detik jam utk mengukur dgn detik; ~ saku sj jam yg diletakkan di dlm saku; ~ tangan sj jam yg dipakai di tangan; berjam-jam beberapa jam berturut-turut: ~ dia menunggu kawannya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas