Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seksa (adjektif)
Bersinonim dengan sengsara, susah, perih, perit, pedih, azab, derita, getir, pahit, sempit, payah, sakit, hajab;,
Kata Terbitan : menyeksa, seksaan, penyeksaan, penyeksa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seksa/séksa/ 1 kesakitan yg diderita atau yg ditanggung sbg hukuman; hu­kuman yg menyakitkan: Azab ~ Tuhan akan menimpa orang-orang yg tidak jujur. 2 sengsara; susah (bkn hidup dll): Hidupnya ~ benar. menyeksa 1 menghukum seseorang dgn men­jadikan ia sengsara (sakit, susah dll): Tidak baik ~ orang yg tidak berdosa. 2 menyebabkan berasa susah (sengsara dsb): ~ diri. terseksa dlm keadaan mengalami seksa: Dia sanggup pergi drpd ~ berpanjangan. seksaan rasa seksa: ~ yg ditanggung. penyeksaan perbuatan (hal dsb) menyeksa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seksa(séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (keseng­saraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah ceng­kaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiaya­an: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
merejam1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air (kerana menyeksa);Kamus Dewan Edisi Keempat
rejam IIsl seksaan, aniaya: alamat ~ dan azab atas diriku akan terus berlaku; merejam 1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air (kerana menyeksa); merejamkan memasukkan sesuatu ke dlm air sehingga tenggelam, merendam: ambil sebarang bekas kosong dan rejamkan ke dlm air.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyeksa1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyeksa1 menghukum seseorang dgn men­jadikan ia sengsara (sakit, susah dll): Tidak baik ~ orang yg tidak berdosa. 2 menyebabkan berasa susah (sengsara dsb): ~ diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyeksa1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendera1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendera1. memukul dgn rotan dll sbg hukuman. 2. menyeksa; menghukum (dgn cara apa jua): ~ orang salah dgn menyuruhnya bekerja di tengah panas. ~ diri menyeksa diri (sendiri).Kamus Pelajar
menyeksa1 menghukum seseorang dgn menjadikan ia sengsara (sakit, susah dll): Tidak baik ~ orang yg tidak berdosa.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas