sekutu | 1. kawan yg turut sama dlm sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dll), teman yg turut dlm sesuatu pakatan (pergabungan dll): kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; negara-negara ~; 2. turut terlibat atau ber-salah (dlm kejahatan dll): orang yg menerima rasuah itu dianggap ~ dgn pemberi rasuah; 3. gabungan (drpd beberapa negeri, badan, dll), syarikat: Raja Sharif Hussain menyata-kan perlawanannya terhadap Turki dan menggabungkan diri dgn pihak ~; bersekutu 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, bersepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; menyekutui 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; menyekutukan menganggap sbg sekutu (bersekutu): jangan sekali-kali ~ Allah dgn sesuatu yg lain; persekutuan 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (perusahaan dll), perkongsian; penyekutuan proses (perbuatan) menyekutukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyekutui | 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |