menyelakkan | menyelak utk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyirapkan | 1. Id menyelakkan (menyingkapkan) sedikit; 2. menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dlm erti kiasan); 3. = ~ darah menjadikan terkejut (berdebar-debar dll), memeranjatkan: ada sesuatu dlm semak yg ~ darah Melayunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirap I | ; menyirap menyorok, menyusup: darahnya ~ ke telinganya; ~ darahnya berdebar-debar hatinya (kerana takut dll); menyirapkan 1. Id menyelakkan (menyingkapkan) sedikit; 2. menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dlm erti kiasan); 3. = ~ darah menjadikan terkejut (berdebar-debar dll), memeranjatkan: ada sesuatu dlm semak yg ~ darah Melayunya; tersirap; ~ darah berdebar-debar (kerana terkejut, terperanjat, dll); ~ hati marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selak | (sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menyingsingkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; menyelak-nyelak menyelak (buku, majalah, dll) dgn cepat tanpa membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah, mem-baca tajuk, dan melihat gambar; menyelakkan menyelak utk; terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |