menyelangi | menjadikan sesuatu berselang (oleh sesuatu): Bunyi guruh sayup-sayup diselangi angin menderu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyelangi | , memperselangi meminjami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelangi | mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai penduduknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerat lidah | menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelangan | perihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyelangan | perihal (perbuatan atau proses) menyelang atau menyelangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyulam | 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang III | Mn pinjam; berselang; ~ tenggang pinjam-meminjam, bertolong bantu, meminta pinjaman (pertolongan): rumahnya tempat orang ~ tenggang dlm kampung itu; menyelang meminjam; menyelangi, memperselangi meminjami; menyelangkan, memperselangkan memin-jamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulam II | ; menyulam 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; menyulami ki menyelang dgn, menyelingi: guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg mudah; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn tarian; sulaman ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat memuaskan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerat | memotong, memenggal, memancung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |