menyelesakan | membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyelesakan | menjadikan selesa (enak, sedap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesa | /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selesa | (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia terpijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |