selimut | kain yg digunakan utk menutup badan ketika tidur supaya tidak kesejukan; kain gebar. berselimut memakai atau menggunakan selimut; berselubung dgn selimut: Busu tidak suka tidur ~. berselimutkan menggunakan sesuatu sbg selimut: Dia ~ sehelai kain batik lepas. menyelimut menutup badan dgn selimut: Alia ~ Adam dgn cadar itu. menyelimuti 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuhnya yg gempal. 2 ki menutupi atau menyelaputi: Selepas itu, kelihatan awan tebal ~ puncak bukit. menyelimutkan menggunakan atau mengenakan sesuatu sbg selimut (pd tubuh dll): Dia ~ kain pelikat pd adiknya yg kedinginan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selimut | 1. kain utk menutup tubuh (pd masa tidur), gebar: gebar atau ~ lebih cepat dan senang dibasuh dgn menggunakan mesin pencuci kain; 2. ki sesuatu yg digunakan utk menutupi atau melindungi pekerjaan jahat dll, sesuatu utk menyelubungi kejahatan; ~ elektrik selimut yg dipanaskan dgn arus elek-trik; berselimut 1. memakai selimut, berselubung: ia minum air panas dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun); berselimutkan mempunyai sesuatu sbg se-limut: ibarat ~ sehelai kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di atas lapang; menyelimuti 1. menutupi dgn selimut: se-helai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi (kejahatan dll), menutupi; menyelimutkan 1. mengenakan (memakai-kan) selimut, memberi berselimut, menye-lubungkan (tubuh): Maheran sedang ~ anak-nya; 2. ki menyembunyikan (sesuatu perkara dll); memperselimut menjadikan (menggunakan) sbg selimut: ia pun ~ kain sarungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelimuti | 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuhnya yg gempal. 2 ki menutupi atau menyelaputi: Selepas itu, kelihatan awan tebal ~ puncak bukit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyelimuti | 1. menutupi dgn selimut: se-helai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi (kejahatan dll), menutupi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelimuti | 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuhnya yg gempal. | Kamus Pelajar |
pengenal | 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenainya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buaian | 1. tempat tidur anak kecil yg boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan; 2. bandul loceng; ~ digoncang, anak dicubit prb menyelimuti perbuatan (maksud) yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelubungi | 1. menutup (menudung) litup dgn selubung dll, memberi berselubung: dia menyelubungi kepalanya dgn kain selimutnya; 2. membungkusi, membaluti: badan tikus belanda diselubungi oleh rambut atau bulu; 3. ki menutupi se-suatu (kejahatan dll), menyelimuti: mukanya yg manis itu ~ hatinya yg jahat; 4. ki menyelaputi, melitupi: ketika itu alam sedang diselubungi cuaca gelap-gelita; kebingung-an yg ~ pemikiran orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelubung | , menyelubungi 1. menutup (menudung) litup dgn selubung dll, memberi berselubung: dia menyelubungi kepalanya dgn kain selimutnya; 2. membungkusi, membaluti: badan tikus belanda diselubungi oleh rambut atau bulu; 3. ki menutupi se-suatu (kejahatan dll), menyelimuti: mukanya yg manis itu ~ hatinya yg jahat; 4. ki menyelaputi, melitupi: ketika itu alam sedang diselubungi cuaca gelap-gelita; kebingung-an yg ~ pemikiran orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melindungi | 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |