seludup | ; menyeludup 1. masuk bersembunyi: ia ~ ke bawah rumah; 2. masuk (sesuatu kawasan dll) secara haram: ada motobot yg secara gelap ~ ke dlm perairan Malaysia; 3. masuk dgn diam-diam (bersembunyi-sembunyi): bagaimana aku dapat ~ ke daerah musuh? 4. (turun, terjun, terbang, dll) dgn kepala dahulu, menjunam: kapal terbang itu ~ serta menjatuhkan bom; menyeludupi masuk ke dlm tubuh manusia (roh jahat, orang halus, dll), merasuk; menyeludupkan 1. menyembunyikan, menyorokkan; 2. memasukkan (barang dll) se-cara haram atau gelap: barang dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; 3. memasukkan sesuatu dgn diam-diam, me-nyusupkan: kadang-kadang penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dlm ciptaan mereka; CIA juga ~ ejen-ejen Chile ke dlm kumpulan pimpinan atasan dlm parti Allende; 4. menggerakkan (menerjunkan dll) arah ke bawah atau menye-rong ke bawah, menjunamkan: ~ kapal terbang-nya ke kawasan pertahanan musuh; seludupan sesuatu yg diseludupkan: mereka telah lama berlangganan dgn Wim tentang barang ~; penyeludupan perihal menyeludup(kan); penyeludup orang yg menyeludup(kan) se-suatu: Danil seorang pembunuh dan ~ besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg boleh menye-rang sambil menjunam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyeludupkan | 1. menyembunyikan, menyorokkan; 2. memasukkan (barang dll) se-cara haram atau gelap: barang dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; 3. memasukkan sesuatu dgn diam-diam, me-nyusupkan: kadang-kadang penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dlm ciptaan mereka; CIA juga ~ ejen-ejen Chile ke dlm kumpulan pimpinan atasan dlm parti Allende; 4. menggerakkan (menerjunkan dll) arah ke bawah atau menye-rong ke bawah, menjunamkan: ~ kapal terbang-nya ke kawasan pertahanan musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seludup | ; menyeludup 1 masuk ke sesuatu tempat dgn tidak mengikut peraturan; masuk secara haram: Penjahat-penjahat komunis yg mencuba ~ ke Semenanjung Malaysia telah dpt ditangkap. 2 membongkok supaya tidak dilihat orang dll; menghendap: Ali ~ ke bawah rumah apabila dimarahi ibunya. menyeludupkan membawa sesuatu masuk secara haram: Ada kumpulan tertentu yg ~ candu ke negara kita. penyeludupan perbuatan (hal dsb) menyeludup atau menyeludupkan sesuatu. penyeludup orang yg menyeludup atau yg menyeludupkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sindiket | (sindikét) 1. kumpulan orang yg bersatu menjalankan kegiatan-kegiatan haram (spt menjual barang-barang secara haram, menyeludupkan sesuatu, dsb): ~ membuat wang palsu; 2. kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dll) yg bersatu utk melaksanakan sesuatu projek dsb secara bersama; 3. kumpulan atau persatuan yg menjalankan sesuatu usaha atau kegiatan utk kepentingan bersama anggota-anggotanya; bersindiket mempunyai (melibatkan, menggunakan, dsb) sindiket. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusupkan | 1. memasukkan (menyorokkan) ke bawah atau di celah-celah sesuatu: ia ~ surat itu ke bawah tilam; 2. menyorokkan, menyeludupkan: salah seorang drpd mereka berhasil ~ surat kepadaku; 3. ki memasukkan sesuatu (ke dlm sesuatu) secara tidak ketara: maka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusupkan | 1 memasukkan sesuatu ke bawah atau ke celah sesuatu: Ketika hendak tidur, dia ~ jam tangannya ke bawah bantal. 2 membawa masuk sesuatu secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; menyeludupkan: Dlm kesibukan itu, mereka ~ kami ke tempat yg selamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susup | ; ~-sasap ke sana ke mari dgn cepat (utk menyorok dsb):Tikus itu lari ~-sasap dikejar kucing. menyusup 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. menyusupi menyusup ke; masuk ke dlm secara diam-diam: Tanpa disedari pihak berkuasa, penjahat berjaya ~ kawasan larangan itu. menyusupkan 1 memasukkan sesuatu ke bawah atau ke celah sesuatu: Ketika hendak tidur, dia ~ jam tangannya ke bawah bantal. 2 membawa masuk sesuatu secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; menyeludupkan: Dlm kesibukan itu, mereka ~ kami ke tempat yg selamat. penyusupan perbuatan (hal dsb) menyusup atau menyusupkan. penyusup orang yg masuk secara diam-diam; penyeludup: Pasukan polis laut telah berjaya menangkap kedua-dua ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susup | ; ~-sasap menyorok (masuk) ke sana ke mari: pengganas yg ditembak itu lari ~sasap dlm hutan senduduk; menyusup 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh; menyusupi 1. masuk dgn cara menyusup: kerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut; 2. meresap masuk ke, meresapi: di luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah dinding; menyusupkan 1. memasukkan (menyorokkan) ke bawah atau di celah-celah sesuatu: ia ~ surat itu ke bawah tilam; 2. menyorokkan, menyeludupkan: salah seorang drpd mereka berhasil ~ surat kepadaku; 3. ki memasukkan sesuatu (ke dlm sesuatu) secara tidak ketara: maka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya; kesusupan kemasukan sesuatu ke dlm (daging dll), kesisipan, kesisiran; penyusupan perbuatan menyusup atau menyusupkan, penyeludupan: percubaan mereka dgn melakukan ~ dan serangan-serangan dlm gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali; ~ kebudayaan Barat dlm Islam; penyusup orang yg menyusup masuk (secara diam-diam), penyeludup: kedua-dua ~ itu tidak bersenjata apabila ditangkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |