itlak | Ar hal merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh; mengitlakkan merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh; itlakan rumusan secara umum atau menyeluruh: sekurang-kurangnya penterjemah berupaya membuat ~ terhadap teks; keitlakan perihal itlak; pengitlakan perihal atau perbuatan mengitlakkan: dgn melihat kedua-dua contoh ini kita dapat membuat sedikit ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyeluruh | meliputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyeluruh | 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyeluruh | meliputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. | Kamus Pelajar |
menyeladang | menyeluruh dan merata; ~ bagai panas di padang prb sesuatu yg menyeluruh jadinya (penyakit, bencana, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntas | (bersifat) menyeluruh dan lengkap. menuntaskan mengusahakan supaya menjadi lengkap dan menyeluruh; menjadikan tuntas. ketuntasan keadaan atau hal tuntas. penuntasan perbuatan (proses, usaha dsb) menuntaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seladang II | selantai dan rata (dua tiga buah rumah dll); menyeladang menyeluruh dan merata; ~ bagai panas di padang prb sesuatu yg menyeluruh jadinya (penyakit, bencana, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
holistik | bersifat saling berkait antara satu sama lain sbg suatu sistem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja: model ini bertujuan memberikan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluruh | menyeluruh meliputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. | Kamus Pelajar |
tuntas | (bersifat) menyeluruh dan lengkap. | Kamus Pelajar |