semak | (sémak); menyemak 1. mendengar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menyemak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semak | /sémak/; menyemak 1 memeriksa semula supaya tidak ada kesalahan apa-apa; memperhatikan sesuatu karangan dll baik-baik; meneliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu dahulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg diucapkan atau yg dibacakan orang: Sementara Ali membaca, kamu semua hendaklah ~. semakan hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. penyemakan perbuatan atau hal menyemak: ~ yg dijalankan itu adalah utk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: jawatankuasa ~ dasar pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semak | 1 = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. menyemak 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semak I | 1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; 2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu diupahi-nya supaya membersihkan halaman rumah-nya yg ~; 3. ki kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada; ~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil; ~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga; menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengusutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pascapenyunting(post-editor) | 1. Orang yang menyemak dan membetulkan kandungan dokumen yang sudah diproses. 2. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan perisian yang sudah diproses oleh komputer. | Kamus Komputer |
penyunting(editor) | 1. Orang yang berfungsi menyemak dan membetulkan kandungan dokumen yang belum, sedang, atau sudah diproses oleh komputer. 2. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan bahan yang belum, sedang, atau sudah diproses oleh komputer. Sinonim editor. | Kamus Komputer |
surih(trace) | 1. Kaedah untuk menyemak perjalanan dan aliran atur cara untuk mencari ralat logik atau pepijat. Ini dilakukan melalui cetakan atau paparan tafsiran setiap langkah yang dilaksanakan oleh pemproses utama dalam atur cara yang sedang diuji. 2. Tindakan menyemak pergerakan dan keadaan isyarat dalam litar untuk mencari kemungkinan kegagalan. 3. Tindakan memasukkan garis kasar rangka rajah atau rupa bentuk ke dalam komputer dengan menyalin setiap garis atau titik dalam rajah dengan menggunakan alat pendigit. | Kamus Komputer |
prapenyunting(pre-editor) | 1. Orang yang menyemak dan membetulkan kandungan sesuatu dokumen yang akan diproses oleh komputer. 2. Orang yang menyunting bahan yang akan diproses sebelum pemprosesan sebenar dilakukan. 3. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan bahan yang belum diproses oleh komputer. | Kamus Komputer |
menyemak | 1 memeriksa semula supaya tidak ada kesalahan apa-apa; memperhatikan sesuatu karangan dll baik-baik; meneliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu dahulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg diucapkan atau yg dibacakan orang: Sementara Ali membaca, kamu semua hendaklah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyemak | 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |