Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sepi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan dingin: hambar, tawar,
Berantonim dengan meriah

3. Bersinonim dengan lengang: hening, sirap, tenang,

Kata Terbitan : menyepi, kesepian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sepi1 tidak riuh-rendah; senyap; sunyi: Saya suka duduk seorang diri di tempat yg ~. 2 tidak banyak orang; tidak ada orang atau kenderaan; lengang: Bandar Manos telah menjadi bandar yg ~. bersepi-sepi bersendirian di tempat yg sepi. menyepi 1 pergi ke tempat yg sepi; mengasingkan diri ke tempat yg sepi. 2 menjadi sepi (sunyi). menyepikan menjadikan sepi: ~ diri mengasingkan diri; memencilkan diri. kesepian 1 keadaan sepi; kesunyian: Utk menghilangkan ~, dia pergi menonton wayang. 2 berasa sepi; berasa sunyi: Dia ~ tinggal seorang diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sepi1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin: kunjung-annya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali; memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat; menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~; menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri meng­hindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecah-kan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri; penyepian perbuatan menyepi atau menyepi-kan diri: selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyepi1 pergi ke tempat yg sepi; mengasingkan diri ke tempat yg sepi. 2 menjadi sepi (sunyi).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyepi1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyepi1 pergi ke tempat yg sepi; mengasingkan diri ke tempat yg sepi.Kamus Pelajar
lengang1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat ~ , barang­kali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan saudara; melengangkan menjadikan lengang, menyepi­kan: pemindahan beramai-ramai oleh pen­duduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas