serah I | ; berserah 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); menyerah 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kpd: beliau telah diserahi tugas yg serupa; menyerahkan 1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb) sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~ kehormatan mem-biarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mem-percayakan (kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~ dirinya kpd aku; 4. = ~ diri meng-gantungkan (mempertaruhkan) nasib dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ dirinya ke hadrat Allah Taala; terserah 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd (pertimbangan, pemikiran, dll): bagi men-tafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu; serahan apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm tanganmu, ~ yg bulat-mulat; penyerahan perbuatan menyerahkan (mem-percayakan, mengamanahkan, dll): kekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; penyerah orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istislam | Ar 1. menyerah diri; 2. masuk Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerah | 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampaikan | 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengambau | Mn 1. terjun; 2. ki menyerah (kerana telah putus ikhtiar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambau II | ; mengambau Mn 1. terjun; 2. ki menyerah (kerana telah putus ikhtiar); terambau terjatuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunduk | 1. kepala atau muka condong ke hadapan, lwn mencongak (tengadah): suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~ menekan perut; 2. tidak tegak (batang padi dll), condong, merunduk; 3. menyerah kalah kpd, mengaku kalah, takluk: negeri Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu; 4. menurut perintah (aturan dll), patuh, taat: Hanafi ~ kpd kemahuan atau paksaan kaum keluarganya utk berkahwin dgn Rapiah; ~ diam duduk diam kerana kecewa dll; ~ menyembah bertekur kerana menyembah; ~ tengadah sebentar tunduk sebentar tengadah; bertunduk sl mencondongkan kepala (muka) ke hadapan, membongkokkan kepala (muka) ke hadapan: maka diamlah jurumudi seraya ~ kepalanya; menunduk lwn menengadah, tunduk: dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yg terbiar di atas lantai; dlm ~ ia menyonggeng prb seseorang yg berlainan mulut dgn hatinya; menundukkan 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dlm per-mainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang; ketundukan perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan; penundukan perihal menundukkan; petunduk, penunduk = ilmu ~ (musuh) mantera utk menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau mengaku kalah); tali ~ tali yg dipasang pd hujung kayu penegang layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertalikan | 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, melibat-libatkan dgn, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan: jangan dipertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. menghubungkan (dgn), menyambungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan bertali-tali, menyambung-nyambungkan, menghubungkan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kesetiaan? 5. menjodohkan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak mahu dipertalikan dgn orang yg belum dilihatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhamba | 1 memiliki (mempunyai) hamba. 2 menjadi hamba: Mereka datang menyerah diri dan ~ kpd baginda. 3 menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melutut | ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |