Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serang I; menyerang 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (me­ngalahkan, menakluk dll); melang­gar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. serangan serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. penyerangan perbuatan atau hal menyerang. penyerang orang yg menyerang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serang Ilanggar, serbuan; menyerang 1. mendatangi utk melawan (meng-alahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, me-nyerbu: maka Sultan Mansor Shah pun meni-tahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2. menimpa (penyakit dll), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri; 3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas; serang-menyerang saling membalas serang­an, saling menyerang antara satu dgn yg lain: kedua-dua pihak terus ~; serangan 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; penyerangan perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan: Jepun telah melaku-kan ~nya utk menakluki Malaya; penyerang 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangsang IIJw; merangsang 1. menyerang, menyerbu: Peringgi banyak mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu; ~ musuh; 2. mem­bantah perkataan (pendapat dll), me­nyang­gah: kalau disuruh ia ~; perangsang pasukan yg menyerang, peng­gempur, penyerbu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sosoh IIMn; bersosoh = berperang ~ = pe­rang ~ berperang serang-menyerang (langgar­-melanggar) dgn hebatnya; menyosoh 1. menyerang atau melanggar serentak (bersama-sama); 2. melakukan sesuatu dgn banyak (berlebih-lebih); ~ makan makan dgn banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyergap1. menyerang (menyer­bu, menerpa, dll) dgn tiba-tiba dan meme-ranjatkan: musuh yg hendak ~; 2. mendatangi dgn tiba-tiba dan memeranjatkan (utk me-nangkap dll), menyerbu: tempat judi itu disergap polis; 3. menyergah;Kamus Dewan Edisi Keempat
merangsang1. menyerang, menyerbu: Peringgi banyak mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu; ~ musuh; 2. mem­bantah perkataan (pendapat dll), me­nyang­gah: kalau disuruh ia ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengalahkan1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengamuk1. menyerang dgn membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dll) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yg ditemui: orang yg ~ itu akhirnya tertang­kap; 2. ki berkecamuk, menjadi-jadi, meng­hebat: taufan ~; penyakit taun ~; di sana sini guntur ~; 3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dsb) dgn hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan): orang minyak ~ lagi; 4. mem­ben­tak-bentak, marah-marah (secara kasar): minta duit pd emaknya, kalau tak dapat, ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
sergap; menyergap 1. menyerang (menyer­bu, menerpa, dll) dgn tiba-tiba dan meme-ranjatkan: musuh yg hendak ~; 2. mendatangi dgn tiba-tiba dan memeranjatkan (utk me-nangkap dll), menyerbu: tempat judi itu disergap polis; 3. menyergah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyerang1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (me­ngalahkan, menakluk dll); melang­gar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas