serapah | 1 kata-kata yg diucapkan utk mengutuk atau utk menyumpah: sumpah ~ berbagai-bagai kutukan; kena ~ terkena kutuk atau terkena sumpah. 2 jampi atau mantera yg tidak menggunakan ayat-ayat Quran. menyerapah 1 mengeluarkan kata-kata utk mengutuk atau utk menyumpah. 2 membaca mantera utk mengubati orang sakit dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyerapah | 1 mengeluarkan kata-kata utk mengutuk atau utk menyumpah. 2 membaca mantera utk mengubati orang sakit dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyerapah | 1. mengutuk, menyeranah, menyumpahi; 2. mengucapkan jampi atau mantera (utk menghalau hantu dll): pawang dan bomoh sibuk menjampi, ~ di kaki, di kepala si sakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerapah | 1 mengeluarkan kata-kata utk mengutuk atau utk menyumpah. | Kamus Pelajar |
menjahanamkan | 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; 2. merosakkan: mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahanam | Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan dimasukkan ke dlm neraka ~; 2. orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~; 3. rosak: jam itu telah ~; menjahanamkan 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; 2. merosakkan: mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; penjahanam orang yg menjahanamkan sesuatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |