menyerbuki | Id memindahkan (mengenakan) debunga pd stigma; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serbuk | benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (menumbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengenakan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |